Thursday, September 22, 2011

Tahap/Peringkat Dosa




Dosa Tahap/Peringkat Pertama
Apabila seseorang melakukan dosa serta lambat bertaubat atas dosanya. Jika perbuatan dosa tersebut berterusan menajdi dosa tahap/peringkat kedua.

Dosa Tahap/Peringkat Kedua
Apabila seseorang melakukan dosa dan tidak merasai bersalah atau menyesal diatas perbuatannya.

Dosa Tahap/Peringkat Ketiga
Apabila seseorang melakukan dan berasa bangga dengan perbuatan dosanya.


Dosa Tahap/Peringkat Keempat
Apabila seseorang menjadi penegak atau pembela bagi perbuatan dosa dan membenci kebaikan serta kebajikan.


Kita yang tenggelam dalam mengejar kehidupan serta kesibukkan dunia, sering terlupa untuk merenung dan mengingati bahawa segala peraturan alam..kejadian laut yang pasang dan surut , kejadian siang dan malam, peredaran matahari dan bulan dan lain2 kejadian alam yang amat sempurna ini, tentunya ada penciptanya iaitu Allah. Kita lupa bahawa dunia ádalah tempat sementara untuk kita berbuat amal kebajikan mengumpul dan melabur sebanyak mungkin bagi saham syurga kita di akhirat nanti. Semoga kita semua termasuk di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.