Sunday, May 8, 2011

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu



Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baik aku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".


Mengapa perlunya supaya lebih menyayangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!


Terpikir aku sejenak..masa zaman kanak-kanak lebih mudah meluahkan rasa sayang dan kasih kita pada ibu..bila remaja..itu la masa yg paling rasanya byk menyusahkan ibu..malah mungkin byk melukakan hati ibu..skrg bila dewasa serta mempunyai keluarga sendiri..barulah aku sedari betapa terlalu besarnya pengorbanan seorang ibu..


Selamat Hari Ibu!! kepada Mak dan juga isteriku.

Al-Fatihah untuk Cik..

No comments:

Post a Comment