Sempat tengok Program Halaqah di TV9 malam tadi,tapi dah sampai penghujung..Penceramah bebas iaitu Dr Danial Zainal Abidin, sambil dalam keadaan sedu membuat kesimpulan/pesanan bahawa kita perlulah melaksanakan amal soleh yang sempurna dengan dua perkara, iaitu dengan hati yang tulus ikhlas dan mengikut syariat Islam.
Dan apabila amal soleh itu sempurna, nescaya Allah berikan kepada hambaNya tiga perkara:
1) Pahala
2) Hilang rasa ketakutan
3) HIlang rasa duka cita
Sungguh tenang hati insan2 yang memenuhi kriteria2 tersebut. Ya Allah semoga hambamu yang hina ini juga tergolong dalam kategori ini.AMIN
No comments:
Post a Comment