Hari ini, kebetulan terdengar diradio IKIM seorang mat saleh daripada negara pakcik sam, yang memeluk Islam sekitar 1995. Dia menceritakan salah satu karakter tentang dirinya adalah merupakan seorang yang amat devoted atau setia dan begitu menumpukan terhadap apa jua perkara yang menjadi amalan sehariannya. Sebelum memeluk Islam, dia terlibat dengan budaya berpesta bagi menghilangkan kebosanan dan tekanan hidup seharian.
Pada fikirannya, dengan cara tersebut dapat menenangkan dirinya. Namun dia tidak pernah merasa ketenangan dan berasa dirinya amat kosong..hollow. Lalu dia mula mencari dan menyelidik/mengkaji setiap jenis agama yang ada di negaranya, malah membeli buku-buku berkaitan dengan agama2 tersebut. Namun dia berasa tidak puas, kemudian dia pergi ke rumah ibadat agama asalnya lalu berdoa meminta seraya berkata " Dear God, I know you exist as I am here, you have made me but I do not know who you are, I do not know your name, but I asked for you to show me the truth"
Pada malam tersebut, dia bermimpi..yang dia sedang bersujud di atas kain sejadah dan terdapat Al-Quran di sebelah sejadah tersebut, ketika itu dengan suara yang jelas dia mendengar kalimah syahadah sedang berkumandang. Dia dapat tahu itu adalah agama Islam kerana pernah terlihat cara orang Islam bersembahyang. Sejak itu dirinya berasa semakin tenang dan dia memeluk Islam dan melafazkan syahadah.
Ibunya apabila mengetahui anaknya itu telah memeluk Islam, dia berasa amat risau dan takut, lalu dia membeli buku2 tentang Islam dengan niat untuk mencari kelemahan2 dalam Islam lalu cuba memujuk anaknya kembali ke agama asalnya. Namun setelah setahun membaca, salah satu tajuk dalam Islam, mengisahkan tentang kejadian bayi daripada kejadian roh sehingga pembentukkan bayi. Ibunya amat takjub dan menyatakan padanya bahawa ini bukannya daripada karya atau ciptaan manusia, ia datangnya daripada Tuhan, kerana penceritaannya begitu terperinci dan perkara ini telah diceritakan sebelum zaman kemodenan sains barat.
Ibunya berkata dia mendapati anaknya semakin terurus dan mukanya bercahaya, teruskanlah bersama Islam wahai anakku. Tidak lama kemudiannya ibunya pun memeluk Islam bersama ayah tiri beliau. Anaknya kini merupakan seorang imam di salah masjid di negara pakcik sam.
Saya merasakan amat malu terhadap diri ini betapa jahilnya saya dan longgarnya keimanan saya sedangkan Islam adalah agama yang diwarisi bergenerasi lamanya, tetapi saya tidak menghayati dan mengkaji tentang Islam. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran dan peringatan terhadap diri saya.
No comments:
Post a Comment