Dalam program "Tanyalah Uztaz"
Kenapa kita gelisah..tak tenang sentiasa, adalah sebabnya kita tidak meletakkan Allah di dalam hati kita, sebagai kompas dalam kehidupan kita, jadi apa jua aktiviti kita, perbuatan kita, kita akan sering terasa gelisah, merasakan kekosongan di jiwa kita.
Contoh, jika kita pergi shopping, parking tak ada. Lalu kita double parking depan kereta orang lain. Kita teruskan shopping, namun sepanjang dua tiga shopping itu, sudah pasti hati kita tidak akan tenang kerana memikirkan kemungkinan kena saman, atau kena tarik kereta atau orang yang kita double park itu ingin keluar. Begitulah hakikatnya jika kita tidak meletakkan Allah segala-galanya dalam kehidupan kita.
Pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa kita belum lagi dikhalkum. Kita manusia, sudah pasti sentiasa lupa..sentiasa lalai..sentiasa tertidur dalam kealpaan. Yang kita sering lupakan segeralah ingat-ingatkan..Yang kita ingatkan eloklah lupa-lupakan. Maksudnya jika kita lupa sembahyang, lupa taubat segeralah lakukan. Jika kita sentiasa ingatkan kekufuran, seperti ke clubbing, minum arak..elokkan tinggal-tinggalkan.
Ya Allah, ampunilah dosa hambamu yang dalam kelalaian ini, ampunilah hambamu yang hidup bergelumang dengan kekufuran, Ya Allah berikan hidayahMu, petunjukMU kepada kami Ya Allah..Ampunilah dosa kedua ibubapa kami..Ampunilah dosa kedua ibubapa kami..Ampunilah dosa kedua ibubapa kami..Ampunilah dosa saudara2 kami, ampunilah dosa seluruh muslimin dan muslimat.
No comments:
Post a Comment