Friday, February 3, 2012

Refleksi

Secara kebetulan, nak tgk 30 minit bersama Ustaz Don, tapi takde program tu malam ni, tapi alhamdullilah dapat tgk Program Reflection bersama Prof Dr Muhaya. Malam tadi, Prof cerita tentang tiga akhlak Nabi Muhammad SAW. Antara poin2 yang sempat saya ingat..

1) Seni Bercakap:

Kita seharusnya bermula dengan senyuman, apabila berjumpa dengan seseorang, sambutnya dengan senyuman, raikan dia, bercerita tentang kebaikannya dan melontarkan kata2 yg positif dan bermanfaat. Berbicaralah dengan nada yang lemah lembut, beradab, berbudi bahasa. Pada masa yang sama berusaha juga menjadi seorang pendengar yang baik.

Kita JANGANLAH MENGUMPAT! kerana orang yang mengumpat adalah orang2 yang rugi diakhirat nanti. Ini kerana segala pahala kita akan ditransferkan kepada si diumpat, manakala dosanya akan ditransferkan pada si pengumpat! “nauzu billahi min zalik!” iaitu, “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

BUANG! HAPUSKAN! Pandangan atau Pendapat yang mengatakan bahawa MULUT YANG BERCAKAP PERKARA YG TIDAK BAIK/NEGATIF TAPI HATINYA BAIK" Ini adalah Pandangan yang SALAH!!! Sebabnya adalah kerana mulut yang mengeluarkan kata2 negatif, sumpah seranah, marah2, mengumpat, mengutuk sebenarnya mencerminkan apa yang ada didalam hati atau kalbu kita.



2) Selalu Senyum:

Kita sepatutnya memulakan dengan senyuman dahulu sebelum mulakan bicara, sekurang2nya cubalah senyum selama 7 saat, barulah InsyaAllah ikhlas senyuman tersebut. Cuba jadikan sebagai kebiasaan, cuba praktis atau amalkan selama 21 hari berturut2, InsyaAllah akan melekat pada diri kita menjadi kebiasaan. Tabiat senyuman juga meningkatkan hormon endorfin didalam tubuh kita. Hormon ini membantu meningkatkan sistem imun tubuh kita, memberi kita keceriaan, kesihatan.

KIta juga mengeluarkan aura positif yang seterusnya mempengaruhi orang2 disekeliling kita yang turut merasa aura positif itu. Anda akan dapati, mereka amat senang atau comfortable bila bersama anda. Senyumlah kepada semua orang, janganlah senyum pada orang tertentu sahaja yang anda ada kepentingan peribadi!

Jika ada orang pernah mengatakan anda seorang yang nampak sombong dan selalu serius, muka masam, maka perlulah anda periksa diri anda. Anda mungkin seorang yang sombong,angkuh dan ego sama ada anda sedar atau tidak sedar. Maka segeralah melakukan perubahan terhadap diri anda! SENYUM!!!


3) Tolenrasi:

Nabi Muhammad SAW seorang yang amat tolenrasi, walaupun apabila berhadap dengan musuh2 dan juga dalam perbincangan. Seorang Ulama pernah berkata " Satu Gedung Akhlak adalah sama dengan Satu Ilmu". Selalunya apabila kita berbicara dengan seseorang, kita akan tertarik dan terpengaruh kerana akhlaknya dan bukan kerana ilmunya.

Jika anda seorang yang tidak ada tolenrasi, maka anda adalah orang yang cepat marah, tidak sabar, cepat stress, akan memberi stress atau tekanan pada orang sekeliling anda. Orang disekeliling anda juga akan sakit hati dengan cara anda yang cepat marah dan mungkin mengeluarkan kata2 kesat.


Secara kesimpulannya, cuba kita sama2 pikirkan..dua golongan/kumpulan manusia ini. Yang pertama : " Orang yang berwajah masam, mengeluarkan kata2 kesat, asyik mahu mengikut cara dia sahaja. Yang kedua : Orang yang sentiasa murah dengan senyuman, sentiasa bertanya khabar, seorang pendengar yang baik dan penuh tolenrasi.

Golongan yang manakah yang akan ke Syurga? dan golongan yang manakan akan ke Neraka?

Pikir2kan..Renung2kan..secara bersama2! dan Selamat Beramal! :)

No comments:

Post a Comment