Friday, February 3, 2012

Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah

Menarik buku ini, buku ini ditulis oleh Michael H. Hart, merupakan seorang astrophysicist, berkelayakkan sarjana di jurusan physics, astronomy, dan computer science, termasuk juga perundangan. Beliau pernah berkhidmat sebagai saintis di NASA dan kini berkhidmat sebagai professor of physics di Trinity University in San Antonio, Texas.

Di dalam buku ini, beliau telah menyenaraikan Nabi Muhammad (S.A.W) pada kedudukan pertama dalam senarai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia! Menurut beliau, Rasullullah (S.A.W) merupakan insan tunggal dalam sejarah yang telah mencapai kejayaan luar biasa dalam menegakkan syiar agama Islam kepada umat manusia keseluruhannya.

Di antara sebab mengapa beliau meletakkan Baginda di ranking nombor 1 adalah:

1) Nabi Muhammad (S.A.W) memainkan peranan yang jauh lebih besar berbanding peranan Nabi Isa (A.S). Baginda bukan sahaja bertanggungjawab terhadap teologi Islam, tetapi juga terhadap asas2 etika dan moral sebagai seorang muslim.


2) Nabi Muhammad (S.A.W) bukan sekadar pemimpin agama, tetapi juga pemimipin duniawi. Di antara petikan yang saya dapati daripada tajuk buku tersebut, berkenaan pengaruh Rasullullah (S.A.W) adalah " Muhammad is the central human figure of Islam, regarded by Muslims as a prophet of God and the last messenger. Active as a social reformer, diplomat, merchant, philosopher, orator, legislator, military leader, humanitarian, philanthropist".


Saya terasa amat malu, kerana selama ini, saya sering mengagungkan personaliti lain sebagai idola nombor 1 saya, sedangkan seorang non-muslim ini pula meletakkan Rasullullah (S.A.W) sebagai ranking teratas dalam sejarah manusia. Kekadang termalu juga apabila mendapati anak2 sekarang lebih arif lagi tentang peribadi dan sejarah Rasullullah sedangkan saya telah lama lupa! malah tidak tahu secara menyeluruh sejarah Baginda.


Ya, memang saya boleh meletakkan kesalahan terhadap corak pendidikan negara ketika zaman saya, boleh blame macam2 lagi lah kalau nak, tetapi sebenarnya saya salahkan diri sendiri. Alhamdullilah syukur, Allah masih beri masa dan kesedaran untuk kembali mendekati peribadi dan sejarah Rasullullah (S.A.W).

No comments:

Post a Comment