Tuesday, August 31, 2010

Indahnya Ramadhan Kareem


Alhamdullilah..

Dah 21 hari kita di bulan Ramadhan..tinggal lagi 9 hari lagi sebelum Syawal menjelma. Tenang sungguh...di bulan Ramadhan, pejam celik..pejam celik..dah sampai ke penghujung Ramadhan..Harapan doaku semoga Allah terima segala amal ibadatku yang tak seberapa ini, semoga bulan ini, melatih diri ini supaya lebih bertakwa dan lebih rajin beribadat untuk hari-hari seterusnya.


Indah Ramadhan aku rasa setiap hariku lalui..sungguh tenang dan damai..Siangnya tetap dengan aktiviti pekerjaan masing2 mencari rezeki dan malamnya indah dengan bersama2 saudara2 Islam yang lain kita berjemaah solat Isya..Terawikh. Ketenangan dan suasana begini susah nak diolah dengan perkataan..

Anak2lah yang paling gembira nanti terutamanya di bulan Syawal..hehehe kesian juga tengok penat berpuasa, tapi sebenarnya bagus melatih mereka dari kecil lagi. Kita juga turut bersyukur dan gembira melihat telatah anak2 kita.

Iman bagi pendapat aku, bukanlah sentiasa kukuh atau solid, setiap masa dan ketika ianya sentiasa diuji daripada pelbagai penjuru..ada kalanya aku kuat melawan hawa nafsu...godaan..dan sebagainya..banyak kalanya aku tewas dan mudah alpa dan lalai..

Semoga hati ini terus kukuh imannya dan tidak berpaling. AMIN.

No comments:

Post a Comment