Untuk ingatan terhadap diri aku...
Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita. Maka dengan itu, perlu kita mencurahkan sepenuh kasih sayang kita terhadap mereka, mendidik, memotivasikan, menjaga, membelai dan memupuk menjadi insan yang berkualiti di dunia dan di akhirat juga.
Jangan sesekali kita marahkan mereka..jangan sesekali kita jatuhkan maruah dan air muka kita, jangan kita sesekali abaikan mereka semata2 kita mengikut perasaan kita sehingga terlupa bahawa mereka amat memerlukan dan mengharapkan kita sebagai ibubapa yang penyayang serta pelindung kepada mereka.
Ya Allah, aku telah banyak menyimpang dan lalai, ampunilah dosa-dosaku, semoga aku terus beringat tentang tanggungjawab dan amanah ini. AMIN.
No comments:
Post a Comment