Setiap hari kita membuat keputusan atau decision. Contohnya, bila bangun pagi, kita akan bertanya aku nak gi mandi terus ke? atau nak amik wuduk sahaja, ataupun bila nak gi kerja kita akan bertanya aku nak naik moto ke pagi ni sebab hari cerah jer atau aku nak naik kereta.
Setiap keputusan apabila telah dimuktamadkan maka kita akan lakukannya, kekadang dgn penuh keyakinan 100% kekadang dgn was2 dan paling teruk main hantam sajalah pun ada. Ada keputusan yang kita buat bila tersilap, ia tidak mendatangkan mudarat atau penyesalan kepada kita, contohnya kalau nak pakai tie warna apa utk dikenakan pada baju, bila kita gi kerja member gelak kata color tak matching, itu takdalah mudarat, paling kuat pun malu jer atau kekadang jadi gurauan, esok kita bule betulkan semula.
Tetapi yg paling bahaya jika keputusan2 besar yang kita buat jika tidak dianalisa, dipertimbangkan secara mendalam ia mungkin membawa kepada kesilapan di masa kelak, dan akibatnya mungkin menjadi penyesalan dalam masa jangka panjang atau lebih teruk selamanya, bak org kata "damage beyond repair" maka itu kenalah kita berhati2 apabila membuat keputusan2 besar didlam kehidupan kita. Berdoalah selalu minta pada Allah agar kita diberi petunjuk serta keyakinan di dalam membuat keputusan2 agar menjadi yang terbaik di dalam kehidupan kita yang seterusnya memberi manfaat kepada kita serta org2 disekeliling kita.
No comments:
Post a Comment