Monday, July 26, 2010

Kehidupan yang sementara...

Kehidupan di sini adalah sementara, semua kita tahu cuma selalu kita lupa dan alpa dan menyangka esok tetap ada untuk kita. Termasuklah aku, aku sering lupa hidup ini hanyalah sementara..walhal di atas muka bumi ini lah penentuan utk aku berhijrah ke alam akhirat nanti.

Dulu aku selalu pikir umur aku panjang mungkin cecah 81 macam arwah atuk aku yang meninggal pada umur tersebut atau macam arwah nenek aku yang meninggal sekitar umur lewat 90an. Tak payah tengok jauh, abah aku, umur 75, alhamdullilah masih sihat dan cergas, malah lebih sihat daripada aku yang baru umur 36 sudah ada bermacam-macam penyakit. If I surpass 50 it is a huge bonus to me. Frankly I don't even know if I make it to 40. Umur kita sebenarnya ( pendapat aku je la ni) bukannya semakin panjang, semakin pendek ialah kenyataannya. Setiap saat, setiap hari kita semakin dekat menuju kepada titik full stop atau noktah ajal kehidupan kita di bumi Allah ini.

Kalau direnung sejenak, lepas ini aku ke alam baqa, lepas tu alam padang Masyar, lepas tu alam akhirat..d'ultimate..syurga atau neraka...Ya Allah! takutnya bila memikirkan perkara ini, tapi lepas tu buat dosa juga, entah bilalah hati ini nak berubah..entah bilalah nak sedar-sedar..cepatla aku oiii..sedar sebelum terlambat! Walaupun bila dipikirkan kita mungkin terasa amat takut dan insaf, maka janganlah sampai terbantut untuk kita menikmati kehidupan di dunia ini dengan cara yang diredhai Allah.

Dalam masa kita yang amat terhad, semoga aku insaf dan sentiasa beringat untuk melakar perjalanan seterusnya dengan lebih berhati2 dan bermanfaat. Sementara aku masih hidup ini..aku mesti lakukan dan amalkan beberapa perkara:

1) Pastikan anak2 mendapat Ilmu dan pelajaran yang sebaik mungkin agar mereka berjaya dan boleh berdikari, dan paling yang penting menjadi anak soleh dan solehah.

2) Pastikan isteri aku serta anak2 mendapat bekalan kewangan & harta benda yang secukupnya untuk mereka meneruskan kehidupan ( just in case aku jalan dulu daa!)

3) Nak mereka ( isteri & anak2 aku ) tahu betapa aku amat2 menyayangi mereka. ( part ini masih terlalu lemah, perlu banyak usaha!!) dan pastinya aku akan merindui mereka...

Aku mendengar dalam IKIM, sabda Rasullullah SAW, "sebijak2 manusia adalah yang mengingati kematian" . Ya Allah semoga kau tempatkanlah hambamu yang amat lalai & lemah ini dalam golongan yang sentiasa beringat tentang kematian..Amin.

Imagine..suatu masa nanti aku akan terus hidup selama-lamanya tanpa noktah sama ada di Syurga ataupun di Neraka..( Ya Allah semoga aku ditempatkan di Syurga. AMIN). Aku harap dapatlah bertemu kembali anak2 dan isteriku semula..takutnya bila difikirkan takut tak terjumpa mereka lagi selepas aku mati..takut juga kalau2 aku bukan terdiri daripada golongan org mukmin...

2 comments:

  1. nice artikel bro, insaf aku....

    ReplyDelete
  2. terima bro kerana sudi menjenguk blog aku hehehe...utk renungan sesama kita..

    ReplyDelete