Sunday, January 15, 2012

Bila ajal menjemput

Pagi ahad ni..aku terkejut apabila membaca sms daripada rakan seopis, yang mengatakan ex-officemate meninggal dunia semalam ( 14hb Jan 2012) akibat digilis treler apabila motor arwah tergesel dengan kereta lalu terjatuh. Arwah meninggal dunia serta merta. Walaupun saya tidak kenal arwah Haslihan secara peribadi kerana arwah di lain dept, namun beberapa kali saya bertembung dengan arwah. (http://ondscene.my/kemalangan/penunggang-superbike-maut-kepala-digilis)

Bagi saya dia seorang yang pendiam dan mudah senyum. Al-fatihah untuk arwah, semoga balunya yang mempunyai seorang anak berusia 3 tahun bersabar dengan dugaan ini. Kita semua maklum, suatu hari nanti kita semua akan kembali padaNya.

Persoalan yang sering timbul di benak ini, adakah saya akan bersedia apabila Malaikat Maut menjemput saya..apabila Ajal saya sudah tiba. Setiap detik berlalu, kita semakin hampir dengan ajal kita. Kita semakin hampir ke Alam Baqa. Ya Allah, takutnya, saya amat takut jika saya meninggal dalam keadaan hina. Doakanku agar meninggal dalam iman dan kekal dalam Islam.


Pada masa yang sama, jika saya 'pergi' dulu, saya harap keluarga saya dapat berdiri teguh, tabah dan teruskan kehidupan di jalan yang benar. Entahlah kita manusia hanya mampu merancang, namun Allah yang tentukan segalanya. Semoga kita semua akan berjumpa semula di syurga nanti. Amin.

1 comment: