Mlm jumaat tadi gi surau and kebetulan ada tazkirah lepas solat maghrib..antara point2 yg saya teringat dlm tazkirah tersebut:
1) Kita sebenarnya sgt jahil jika masih tak tau makna sembahyang...al-fatihah...dll, jika kita hanya purely baca macam parrot.
2) Kita perlu dahulukan sembahyang fardhu dari apa2 pekerjaan, maknanya jgn lengah2kan solat.
3) Hati2 dgn tipu muslihat dunia yg melalaikan, mengasyikkan..sehingga kita terkejar2 habuan dunia sedangkan akhirat kita tak ambil peduli, walhal itulah sebenarnya tempat kita kekal abadi. Jika kita gagal di dunia, tiada lagi kesempatan utk memperbaiki kesilapan apabila ajal kita tiba. Jgn jadi org2 yg amat rugi.
4) Lumrah manusia, bila ada satu rumah, mesti nak dua..bila ada satu kereta mesti nak lagi..keinginan. Bila makan mesti tambah lagi, lagi2 kalau ianya sedap. Tapi kita bab ibadat tak nak pulak nak tambah..cukup buat wajib saja pastu yg sunat tak buat..sedangkan kita perlu berlumba2 mengejarkan ibadah dan amalan2 yg sunat juga.
5) Jika anak nak dikahwinkan, make sure bakal menantu tahu sembahyang, tahu al-Quran barulah serahkan anak..kerana anak kita adalah amanah Allah. Jgn khinati amanah tersebut.
6) Statistik jumlah penonton: Raja Lawak : 8 juta penonton, Tentang Dhhia : 2.5 juta penonton, Forum Hal-Ehwal Islam : 25 ribu penonton. Imam Muda :450 ribu penonton. Ya Allah! betapa lemahnya pengaruh Islam di negara sendiri, lemahnya kita tenggelam dlm permainan glgn yahudi & nasrani. ( malunya aku..aku pun tgk Dhia, pastu lambat solat!)
7) Katanya jika hati kita terasa malu & tersentuh dgn tazkirahnya, maka hati kita masih boleh diubati, masih ada harapan utk berubah, jika tak rasa apa2 buat selamba aje, hati telah mati..
8) Pemerintah adalah mendapat lebih byk pahala daripada mufti@ ulama kerana mufti mengeluarkan fatwa, & nasihat, tetapi pemerintahlah yg melaksanakan syariat Islam. Maka jika pemerintah gagal..sendiri mau ingat la!
No comments:
Post a Comment