Sunday, January 15, 2012
CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH
Bagus adik Madihah dan juga saya berterima kasih kepada pihak2 yang terbabit menjayakan penerbitan buku tentang kehidupan dan pengalana Adik Nik Nur Madihah, Saya akan membeli buku ini secepat mungkin!.
berikut adalah sinopsis buku tersebut:
Si ayah bergelut dengan gelombang,
Si ibu bergelumang dengan perit harian.
Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.
Sinopsis buku ini bermula dengan ayat - Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk Berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah , mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU. Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyadarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. (Surah At-Thalaq : 2-3)
Petikan dari kata penerbit:
Semoga buku ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada kita agar terus tabah menghadapi segala kesulitan. Sesungguhnya 'pipih tak datang melayang bulat tak datang bergolek'. Kesusahan bukan penghalang kejayaan. Hanya kesungguhan tanpa putus asa dapat meletakkan diri di puncak cita-cita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment