Sunday, January 22, 2012
Kita juga pernah melalui zaman kanak-kanak
Hari ni..kami ronda satu KL, ambil kesempatan dengan musim tahun baru Cina yang akan disambut esok..jadi pastinya KL agak lengang. Sangkaan kami tepat! We went to National Library..KLCC Park..etc and before heading back home, kami solat kejap di Masjid Asy-Syakirin KLCC.
Cuaca panas terik semasa berada taman KLCC segera lenyap apabila kami berada di dalam masjid tersebut. Ye la dengan penghawa dingin dan karpet gebunya..rasa macam nak tertidur pun ada. Nyaman rasanya. Pada masa itu, baru pukul 1:10pm, belum masuk waktu Zohor lagi. Saya bersama Faris (anak saya yg autistic) berada di ruang utama solat, tapi kami duduk di hujung belakang dengan harapan tidak menganggu beberapa insan yang lain yang sedang membaca Quran dan ada yang tengah solat sunat.
Ada juga kanak2 lain yang sekali sekala bermain lari-larian. Faris juga teruja terikut2 rentak mereka, maklumlah tempat luas..nyaman..rasa macam nak lari sepuas2nya. Namun saya beberapa kali memberi isyarat supaya dia tidak berbuat demikian. Seolah2 seperti kanak2 normal yang lain, kadang2 dia ikut..kadang2 tak ikut juga arahan kita. Maka ada ketika dia terpekik & ketawa keseorangannya, mengundang beberapa pandangan daripada jemaah yang lain.
Ada yang melihat tanpa sebarang reaksi expresi muka. Ini saya anggap mereka mungkin faham, biasala kanak2 bermain. Namun ada seorang lelaki ini dlm umur 30an ke 40an, menegur dengan mengeluarkan bunyi seperti kucing jantan yang bergaduh ( "hiss".."hiss" bunyinya) memandang dengan rasa tidak puas hati kepada Faris. Dari segi pakaiannya, saya agak beliau seorang yang 'educated' dan berstatus sederhana ke atas. Dalam hati saya terdetik seketika, bukankah kamu sewaktu dulu juga seorang kanak2. Hmm entahlah malas nak melayan perangai manusia yang perasan dia hebat..perasan dialah yang bagus sangat..
Kemudian azan pun berkumandang menandakan sudah masuk waktu Solat Zohor, semua org berjalan menuju ke saf depan. Saya dan Faris berada di belakang sekali, menjarakkan diri kami daripada saf2 di hadapan. Maksud saya, mereka berada di hujung hadapan, manakala kami berada di hujung belakang. Punyalah saya tidak mahu Faris menganggu solat Zohor pada ketika itu. Sebelum memulakan solat, saya berpesan pada Faris, supaya duduk sebelah saya, jangan berlari dan jangan buat bising.
Alhamdullillah sepanjang solat berjemaah tersebut dia tidak pun berlari, buat bising malah duduk disebelah saya seperti disuruh. Yang anehnya, kanak2 normal pula berbuat bising dan menangis ketika solat sedang berjalan. Moral of the story yang saya nak kongsi..Tak perlulah menunjuk diri seolah2 kita ni seorang bagus sangat! sehingga melukakan hati orang lain. Sudah menjadi kebiasaan bagi kanak2 berbuat bising yang tidak keterlaluan di masjid. Lagi satu Masjid adalah Rumah Allah dan terbuka untuk semua umat Islam, termasuklah anak saya yang autistic!!!! jangan anggap masjid untuk golongan tertentu sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
muliakan kanak2 kerana mereka tiada dosa berbanding kita...
ReplyDelete