Monday, January 16, 2012

Mukmin professional : balancing di antara Tujuan Hidup dengan Keperluan Hidup

Saya tertarik mendengar slot mukmin professional di ikim hari ini oleh Y.Bhg. Ustaz Pahrol Mohd. Juoi bersama DJ Nik Hasnah Ismail berkenaan Tujuan Hidup dengan Keperluan Hidup. Di antara maklumat yang saya sempat dapat adalah:

Apakah itu Tujuan Hidup? Tujuan hidup adalah seorang manusia sebagai hamba kepada Allah, mencari keredhaan Allah serta bekalan untuk akhirat. Sebagai seorang muslim semua perkara yang dikerjakan dan diusahakan mestilah kerana Allah yang Esa. Contohnya, jika tujuan kita bekerja untuk mencari nafkah untuk keluarga, tujuan itu sebenarnya agak tersasar. Ini adalah kerana jika suatu masa kita bertambah kaya..bertambah mewah..kita akan terdorong dengan hawa nafsu serta godaan syaitan lalu menyimpang daripada tujuan/niat mencari nafkah untuk keluarga, kita mungkin terjebak ke lembah maksiat, hiburan serta tenggelam dalam kehinaan.

Oleh yang demikian, kita perlulah membetulkan niat kita dalam segala urusan kita. Semuanya kerana Allah Ta'ala. Manusia dilihat daripada inside out, dari dalam akan membentuk nilai manusia itu sebenarnya., bukan daripada luaran. Maka apabila niat dan tujuan hidup kita telah jelas, maka apa jua godaan atau dugaan, InsyaAllah kita akan lebih bersedia, jika lalai sekali pun, kita mudah kembali ke landasan yang benar, InsyaAllah.

Apakah itu Keperluan Hidup?. Keperluan hidup adalah perkara-perkara yang kita perlu untuk hardware kita, fizikal kehidupan kita, contohnya pakaian, makanan,rumah, pendapatan DLL.

Bagaimana untuk balancing di antara Tujuan Hidup dengan Keperluan Hidup?: Kita perlu beratkan atau utamakan Tujuan Hidup daripada Keperluan Hidup. Apabila Tujuan Hidup adalah jelas, maka Keperluan Hidup akan menyusul. Tujuan Hidup adalah software/rohaniah untuk manusia mencari ketenangan yang abadi, manakala Keperluan Hidup adalah hardware/fizikal manusia untuk memenuhi keperluan/kehendak biologinya.


Janganlah kita tersalah kiraan, dengan mengejar Keperluan Hidup dan membelakangikan Tujuan Hidup, malah kadang-kadang mangabaikan terus Tujuan Hidup. Sedar2 apabila kita dijemput oleh Malaikat Maut, semuanya sudah terlambat. Kita telah tertipu dengan Keperluan Hidup yang kita sangkakan itulah Tujuan Hidup atau matlamat benchmark kejayaan kehidupan.

Di dalam pelbagai media, seperti media TV, iklan DLL, semua menayangkan Keperluan Hidup seperti rumah besar, muka yang cantik, kereta besar DLL. Kita disogokkan sepanjang masa dengan kelalaian Keperluan Hidup lalu terjerat di dalamnya. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan kita sama-sama betulkan niat kita, Tujuan Hidup kita.

Kita perlu rasakan bahawa Allah sentiasa bersama kita sepanjang masa, barulah akan timbul kekuatan dan keinginan untuk buat yang terbaik dengan Ikhlas dan kerana Allah Taala, InsyaAllah. Cth: jika kita berjalan dengan org2 yg kuat, kita pun rasa konfiden dan kuat. Begitulah perumpamaannya jika kita merasakan Allah sentiasa bersama kita, kita akan berasa tenang dan sentiasa diberkati dan dilindungiNya.

No comments:

Post a Comment